Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, October 12, 2010

Sambutan Majlis Hari Raya Bersama Anakku Permata

Salam...
Raya dah lepas baru nk update pasal sambutan hari raya bersama ank2 permata kangkong.Majlis yg hanya kecil-kecilan ini telah pun dilaksanakan pada 23 september lepas..Alhamdulillah tercapai jgk hajat nk tgk anak2 permata ni bergaya dengan baju raya masing2...excited sungguh mereka bergaya dengan baju raya,tambah2 dijamu dengan pelbagai hidangan.
Ini di antara sumbangan biskut raya dari parents..terima kasih2 byk ya..
                                           

Soto antara menu utama..


wow..sedapnye satay nie...

Tgkla 2..berselera betul..

Comel belako ank2 permata nie dgn baju raya

Bersama cikgu Aini dan cikgu Sha


Suke tgk diorg nie mcm berjanji plk..

Cikgu Ida bersama ank2nya..


kami jgk meraikan perpisahan dengan pembantu sementara ni..

Tgkla cikgu Sha 2 x sabar2 nk rasa kek yg parent bagi 2..

Thursday, September 2, 2010

Majlis Tazkirah Ramadhan & berbuka puasa bersama ibubapa

Alhamdulillah...Taska Permata Kangkong baru je selesai mengadakan majlis tazkirah ramadhan dan berbuka puasa bersama ibubapa pada malam tadi iaitu 1 September 2010. Majlis ini berjalan dengan lancar walaupun tidak semua ibubapa dapat menghadirinya. Majlis ini juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara ibubapa dengan pendidik2 Taska Permata Kangkong.  Kami warga TPP Kangkong mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir pada majlis tersebut.


Ibu2 dan cikgu sibuk menyediakan juadah untuk berbuka
Di antara hidangan berbuka puasa
Tok Imam Masjid Kangkong sedang memberikan tazkirah sementara menanti waktu berbuka puasa
Di antara tetamu yang hadir khusyuk mendengar tazkirah
Guru2 bersama pembantu sedang menikmati juadah berbuka puasa
Tok Imam bersama bapa2 sedang menikmati juadah berbuka puasa.
Cikgu Ida(Ketua Pendidik) bersama2 ibu sedang menikmati juadah.





   


Sunday, August 29, 2010

Salam Permulaan...

Assalammualaikum....
     Salam permulaan dari kami warga TPP Kangkong. Blog ini diciptakan untuk memaparkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di TPP Kangkong.Diharapkan dengan adanya blog ini, dapat memberi sedikit sebanyak maklumat kepada ibubapa mahupun masyarakat mengenai Taska Permata.